I made this widget at MyFlashFetish.com.

15 Februari 2011

Ada Yang Tak Tahu Pengertian Maulidur Rasul?



Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari kelahiran Nabi jatuh pada pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.

Rupanya sudah hampir 1500 tahun Nabi Muhammad meninggalkan kita. Mungkin disebabkan itu kita lupa tarikh lahir kekasih Allah itu. Hinanya kita sebab melupakan Rasulullah yang merupakan utusan Allah kepada umat Islam. Nabi terlalu kasih dan cintakan umatnya sehingga saat baginda hendak menghembuskan nafas terakhir. Kita? Adakah kita cinta dan kasih kepada Rasul kita? Umat Islam jenis apakah kita ini?

Sempena Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita muhasabah diri kita. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah setiap hari. Jangan hanya ghairah menyertai perarakan ketika Maulidur Rasul, tetapi kita terus lupakan baginda SAW selepas hari tersebut. Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya. Mudahan-mudahan kita akan beroleh syafaat daripada baginda serta mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

13 Februari 2011

Pelaksanaan Badan Beruniform Pendidikan Khas Negeri Johor

Merujuk kepada surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor bertarikh 7 Februari 2011, dimaklumkan bahawa penglibatan murid-murid Pendidikan Khas dalam badan beruniform ditetapkan kepada pasukan pengakap sahaja. Maklumat lanjut sila lawati Portal Rasmi JPNJ.

24 Januari 2011

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Khas Tahun 2011

Tarikh : 25 Januari 2011
Tempat : SKIP 1
Masa : 2.00 petang

Semua GPKPK dan Penyelaras Pendidikan Khas DI WAJIBKAN hadir.