I made this widget at MyFlashFetish.com.

15 Februari 2011

Ada Yang Tak Tahu Pengertian Maulidur Rasul?



Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari kelahiran Nabi jatuh pada pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.

Rupanya sudah hampir 1500 tahun Nabi Muhammad meninggalkan kita. Mungkin disebabkan itu kita lupa tarikh lahir kekasih Allah itu. Hinanya kita sebab melupakan Rasulullah yang merupakan utusan Allah kepada umat Islam. Nabi terlalu kasih dan cintakan umatnya sehingga saat baginda hendak menghembuskan nafas terakhir. Kita? Adakah kita cinta dan kasih kepada Rasul kita? Umat Islam jenis apakah kita ini?

Sempena Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita muhasabah diri kita. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah setiap hari. Jangan hanya ghairah menyertai perarakan ketika Maulidur Rasul, tetapi kita terus lupakan baginda SAW selepas hari tersebut. Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya. Mudahan-mudahan kita akan beroleh syafaat daripada baginda serta mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

13 Februari 2011

Pelaksanaan Badan Beruniform Pendidikan Khas Negeri Johor

Merujuk kepada surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor bertarikh 7 Februari 2011, dimaklumkan bahawa penglibatan murid-murid Pendidikan Khas dalam badan beruniform ditetapkan kepada pasukan pengakap sahaja. Maklumat lanjut sila lawati Portal Rasmi JPNJ.

24 Januari 2011

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Khas Tahun 2011

Tarikh : 25 Januari 2011
Tempat : SKIP 1
Masa : 2.00 petang

Semua GPKPK dan Penyelaras Pendidikan Khas DI WAJIBKAN hadir.

11 November 2010

Majlis Graduasi

MAJLIS GRADUASI PPKI DAERAH KULAIJAYA

TARIKH : 11 NOVEMBER 2010
MASA : 9.00 PQGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : SMK BNADAR TENGGARA
DIRASMIKAN OLEH : TN. HJ. BAHAROM BIN ALI (PPD DAERAH, KULAIJAYA)

Tahniah kepada yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan selamat maju jaya kepada yang akan tamat alam persekolahan.

12 Ogos 2010

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIKH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

Malam 1


Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2


Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3


Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4


Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5


Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6


Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7


Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8


Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9


Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10


Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11


Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12


Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13


Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14


Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15


Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16


Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17


Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18


Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19


Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20


Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21


Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22


Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23


Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24


Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25


Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26


Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27


Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28


Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29


Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30


Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".

Sumbangan Oleh: Menara Optometry Centre Sdn. Bhd.

11 Februari 2010

Disleksia 2

Disleksia2


Definisi

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)

“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bac

aan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968)

Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;

* Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
* Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
* Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

APA ITU DISLEKSIA


Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia)

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

* Disleksia visual (penglihatan)
o Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
* Disleksia auditori (pendengaran)
o Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori
* Disleksia visual-auditori
o Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

* Keturunan atau genitik
o Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

* Biologi
o Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

* Kematangan
o Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

CIRI-CIRI DISLEKSIA
Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah

* Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
* Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
* Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
* Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
* Tidak merangkak semasa bayi
* Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
* Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

Kanak-kanak Sekolah Rendah

6 hingga 9 tahun

* Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
* Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
* Keliru dengan kiri dan kanan
* Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun

* Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
* Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
* Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
* Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
* Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
* Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

Sekolah Menengah

* Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
* Kesukaran menulis karangan
* Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
* Kesukaran mempelajari bahasa lain
* Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
* Jenis orang yang suka senyap
* Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
* Kuran kemahiran bersosial

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA

Masalah utam yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

* Mengeja
* Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;

m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d

* Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

t – h f – v

* Membaca
o Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti;
o Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;
o Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;

Batu – tuba Gula - lagu

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem cat - cat

* Menulis
o Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.
o Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

* Bercakap dan mendengar
* Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

* Nombor
o Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;

3 – 5 - 8 9 - 6

* Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
* Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
* Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
* Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

* Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
* Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
* Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
* Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
* Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
* Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
* Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
* Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
* Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
* Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

sumber dipetik dari :Special Education(SpeEd)

02 Februari 2010

Disleksia

Disleksia

♦ Apa itu Disleksia
♦ Apakah ciri-ciri Disleksia?
♦ Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan ?
♦ Masalah yang mungkin dialaminya
♦ Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
♦ Kumpulan Sokongan
Apa itu Disleksia?

* Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
* Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
o Mempunyai keupayaan intelek yang normal
o Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi

* Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
* Mereka mungkin mengalami kesukaran
o Membaca
o Menulis
o Memahami
o Mengeja
o Mengira

* Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
* Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.


Apakah ciri-ciri Disleksia?

1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
* Lambat bertutur
* Mengalami kesukaran sebutan atau rima
* Sukar menulis nama sendiri
* Payah mengenal bentuk atau warna
* Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya


2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
* Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
* Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
* Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
o 15 dengan 51
o “was” menjadi “saw”
o ‘b’ dengan ‘d’‘
* Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
* Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
* Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
* Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah


Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

* Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
* Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
* Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.


Masalah yang mungkin dialaminya

* Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
* Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
* Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
o Gangguan emosi (seperti kemurungan)
o Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)


Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak

2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
* Terapi pertuturan
* Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
* Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
3. Merasa pergerakan bibir
4. Menulis huruf atau perkataan


4. Langkah-langkah pemulihan :
* Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
* Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
* Gunakan video atau kaset untuk belajar


5. Program pemulihan khusus :
* Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia